IT'S ALL ABOUT LOVE

Leelou Blogs

Monday 27 September 2010

raya 2010

Posted by Zuraida Ahmad.. at Monday, September 27, 2010 0 comments
di pagi raya org sibuk makan ketupat,rendang dia pulak sibuk makan kacang!! sedap tul kacang tu..huhu.. makcik comel ni pulak sibuk kutip duit raya..hahaaa.. mama & babah.. our happy family!!!:)) Hohoho..dah lama x update blog..sejak balik kg ni line internet sangatla slow..adeyss..tu yg malas tuh.. hmmmm..raya tahun ni sangat la best..dapat beraya kat kg..tahun lepas raya kat brunei..dahla dalam pantang..sume benda xbley makan..jadi pemerhati la tgk org mkn..tapi taun ni makan dengan jayanya..hahahaa..badan pon dah macam belon..hikhikhik..tapi satu je yang x best..en hubby terpaksa pulang ke brunei pada hari raya ke3..sobsobsob..sedih:(..tapi okla..sempatla puasa 2minggu kat kg..

Tuesday 24 August 2010

For the rest of my life..

Posted by Zuraida Ahmad.. at Tuesday, August 24, 2010 0 comments
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Wednesday 11 August 2010

i'm sorry...

Posted by Zuraida Ahmad.. at Wednesday, August 11, 2010 0 comments
I’m sorry- for the ignorance
I’m sorry-for the coldhearted
I’m sorry-for the denial
I’m sorry-for the disappearance
I’m sorry-for the misbehaving
I’m sorry-for the missing piece
I’m sorry-for pseudo listening
I’m sorry-for the harsh words
I’m sorry-for the promises I could not fulfill
I’m sorry-for the wasted long journey
I’m sorry-for the kinky acts
I’m sorry-for the deep old cuts
I’m sorry-for the hurt and wound
I’m so sorry-for everything that makes you upset but I’m still doing it purposely-
And above all-I'M SORRY

30 weeks

Terasa cepat masa berlalu. 30 minggu sudah :) 67 days to go..
Ya Allah..
permudahkanlah segala urusanku..
Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat.. Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu. Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal. Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

Tuesday 10 August 2010

Ramadan datang lagi...

Posted by Zuraida Ahmad.. at Tuesday, August 10, 2010 0 comments
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi) 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi) 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi) 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam). ( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi) 5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Friday 6 August 2010

Buatmu sayang...

Posted by Zuraida Ahmad.. at Friday, August 06, 2010 0 comments
Sayang…….. Andainya saat ini Illahi memanggilku Kembali, Ku harap kau tabah menghadapi, Detik-detik dan liku hidup ini, Kerana…. Aku tak mungkin lagi berada disisimu, Aku tak dapat lagi mengusap wajah manja mu itu, Tak mungkin aku mampu lagi mengggapai Tanganmu, Apatah lagi untuk mencarik hatimu Dengan… Tinta-tinta kerinduan, Warkah-warkah kasih sayang, Irama-irama kesyaduan, Bait-bait puisi riang, Dan baris-baris kenangan yang pernah Kita simpulkan….. Sayang…. Andai saat ini saat terakhir aku di Sisimu… Izinkan aku tatapi setiap lirik wajahmu, Izinkan aku mencuit senyum manjamu, Izinkan aku selami hatimu, Izinkan aku padamkan luka dijiwamu, Biarkan sisa hidup ini dengan ku tabur Sedetik bahagia, Agar… Kau tak kan mudah melupakan aku, Kau tak mudah tinggalkan cintaku, Tak mudah kau usir rindu yang Bertandang disaat ini, Biar ia menjadi sejarah yang tak Mungkin kau lupa, Cukuplah sehingga kau belum berpunya… Sayang… Andai masa sudah mengakhiri, Andai saat yang dinanti tiba dihati… Ku harap kau rela membiarkan aku pergi, Ku harap kau cucuri rahmat dari Illahi, Sentiasa bahagia dan hidup ceria, Akan ku lihat kau dari jauh, Jangan lupakan aku biarpun kau dah Berpengganti.. Hulurkan doamu padaku tiap malam agar Aku bisa mendengar lagi, Suara merdumu, Hadiahkanku bacaan yasin dan doa, Setiap kali kau akhiri tuntutan mu Sayang…..
sedey2...sobsobsobnangih

Thursday 5 August 2010

Gulai daging..

Posted by Zuraida Ahmad.. at Thursday, August 05, 2010 1 comments
Adeys...seminggu dua ni xlalu nak makan nasi..nape eh??cian baby dalam perut ni..nak wat cam mane tgk nasi je dah mula loya2..mcm 1st trimester plak padahal dah nak dekat bersalin da..huhu..hari ni teringain plak nak makan gulai daging..sedap gak..bole makan ngan roti..so dinner malam ni maka gulai daging je la..he3;))
Masak gulai daging paling simple (resepi orang malas)..kalu mak ada ni jenuh tahan telinga dengar dia beleter..hahahaaa;p
bahan-bahannya ialah :
500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
Garam secukup rasa
Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit
cara nak masak pulak :
Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .
Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun masak....

Monday 2 August 2010

exam..exam..exam!!

Posted by Zuraida Ahmad.. at Monday, August 02, 2010 0 comments
Exam..exam...exam...rasanya dari kecik lagi kita dengar perkataan nie...dan setiap kali mendengarnya..konfirm hati x tenang, rasa 'rushing', takut dan sebagainya..itulah hakikat bila nak exam ..
Esok along dah start trial SPM...mama yang berdebar2..Good luck along..all the best..kami mendoakan along dari jauh..Insyaallah..Along mesti boleh!!!chaiyok2..;))

ikan sumbat

ikan oh ikan...Setiap kali masak ikan subat ni mesti kena minyak panas kat tangan..letupan yang bertalu2 xsempat nak elak..huhu..
Disebabkan ikan sumbat ini adalah kegemaran en hubby,angah & along..so mama xpenah serik nak masak lagi..he3..
Resepi opah ni memang sedap..kalu meratah memang sampai licin..
.yummy =D...Nak masak pon x tak la susah mana....
Bahan2nya ialah
4 ekor ikan cencaru/ikan kembung pon bole[dicuci dan dibelah dibelakang] minyak Bahan Sambal/Mesin
1 biji bawang bsr
12tangkai cili kering garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan air sedikit perahan air asam jawa Cara membuat 1. Mesinkan bahan sambal dan masak sehingga kering. 2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru. 3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.. 4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu. 5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

Friday 30 July 2010

Welcome to the family..

Posted by Zuraida Ahmad.. at Friday, July 30, 2010 0 comments
13 JULY 2010...
my sista in law selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cumil...
NUR DHIA ARISHA..
Arisha lahir xcukup bulan...Alhamdulillah..semuanya selamat..
So Arisha kena stay nat NICU...
Tak lama lagi boleh balik la tu..
Ni yang xsabar nak balik kampong ni...
Congrats to big bro & sis in law...
bertambah seorang lagi ahli baru...
taun ni tambah lagila amaunt duit raya..hahahaaa:))
Agk2 Arisya ni ikut muka sape eh??
Muka mama atau abah dia??
xpon muka abang aiman yang encem ni...
Atau lebih tepat sekali muka ACU dia yang cumil cam Arisha muahahaaaa;P
Apa2 pon acu jatoh cinta tgk pic ni...
dia dah bukak mata besor & pandai isap jari...
Tak sabar nak balik kg hehehee;)))

Monday 26 July 2010

Malam Nisfu Sya'aban 1431H

Posted by Zuraida Ahmad.. at Monday, July 26, 2010 0 comments
Assalamualaikum w.b.t...
Untuk makluman...sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa
( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar
menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1) Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
  • Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1
  • Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malamSelasa)
  • Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadatkepada Allah
  • Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3) Baca surah al-Ikhlas 1000x
4) Berpuasa pada siangnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
  • Malam Dimustajabkan Doa
  • Malam Pembahagian Takdir
  • Malam Rahmat
  • Malam Berkat
  • Malam Pengampunan (Taubat)
  • Malam Penebusan
  • Malam Syafaat
  • Malam Penulisan
  • Malam Keagungan dan Kemuliaan
  • Malam Rezeki
  • Malam Hari Raya Para Malaikat
  • Malam penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1) Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari
api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 2) Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam Wassalam. *TOLONG SEBARKAN UNTUK INGATAN SEMPENA RAMADHAN YANG AKAN DATANG...
INSYA ALLAH...

Ayam Percik

Semalam masa makan kat kedai angah tiba2 cakap..Dah lama x makan ayam percik..Dalam hati mesti dok berdoa minta2la mama paham pastu masak ayam percik untuk dia..huhu..I can read your mind la...So hari ni untuk lunch mama pon buat la ayam percik..Yang ni kelantan style sebab boleh bakar dalam oven..kalu resepi opah tu mana pulak mama nak cari arang nak bakar ayam tu...
Resepi dia x la susah sangat...
~1 ekor ayam dipotong 4
~1 1/2 cwn santan pekat
~4 ulas bawang putih
~1 biji bawang besar
~2 cm halia
~2 batang serai
~1 sk ketubar
~1/2 sk jintan putih
~1/2 cwn tepung beras
~sedikit air asam jawa/asam keping pon boleh
~sedikit cili kering
~garam secuku rasa
Cara nak buat pon senang jugak..
~Blend bawang,serai,halia,jintan & ketubar..
~perap1/2 jam bersama ayam yang dah siap dicuci
~masukkan ayam yang sudah diperap tadi bersama tepung beras yang
digaul dgn santan & bahan2 lain ke dalam periuk..
~didihkan ayam sehingga 2/3 masak
~Bakar dalam oven dengan suhu 200"c
~hidang ayam yang dicelup dengan lebihan kuah tadi...

Sunday 25 July 2010

Hello 3rd trimester..;)

Posted by Zuraida Ahmad.. at Sunday, July 25, 2010 0 comments
Cepatnya masa berlalu..pejam celik,pejam celik(makan-tido,makan-tido)
hehee;D dah 28 weeks baby dalam perut mama..so hello 3rd trimester..
12 weeks to go..Cant wait to see you sayang...
Active sangat anak mama ni.. especially waktu malam..tendangan padu yang membuatkan mama xbley nak tido..kadang2 tersenyum sendiri..macam orang angau pon ada..hehehe=D
Thanks to ALLAH for the great moment..Inilah saat paling berharga dalam hidup mama..Mama selalu berdoa semoga dipermudahkan untuk melahirkan anak mama ni..Insyaalllah..
xsabar rasanya nak peluk cium baby puas2..hihihi..

Friday 23 July 2010

♥♥buffday mama;))♥♥

Posted by Zuraida Ahmad.. at Friday, July 23, 2010 0 comments
Special thanks to mr hubby & kids for the yummy ice cream cake..lovely dinner & bday card...
Bday card yang angah buat sendiri...Thanks angah!!!
Very the touching..sobsobsob..:((
Yummy ice cream cake... ♥♥ Damia geram tgk lilin tu...
Haish...bilala boleh makan..mia dah lapoo ni...
Abang ayish xbley terima kenyataan bday cake tu mama punya...dia tetap cakap itu dia yang punya...siap marah babah lagi kenape xde otomen kat kek tu...hikhikhik..lawak2..
Tgk bertapa muncung mulut ayish...geram aihh lilin ni xnak padam pulak!!!
*Damia pulak muka xsbr nak makan..he3..
Thanks a lot for this lovely bday celebration..gambar dinner x sempat nak ambik..anyway really appreciate it ♥♥

Thursday 22 July 2010

TeriMa Kasih Mak...

Posted by Zuraida Ahmad.. at Thursday, July 22, 2010 0 comments
...kerana pengorbananmu melahirkanku pada tanggal 22 Julai 1985..
25 tahun berlalu...
kata-kataku tidak layak menggambarkan rasa syukurku padamu tiada perbuatan juga yang dapat membalas jasamu aku hanya bisa mendoakanmu dari kejauhan semoga segala dosamu diampunkan segala amalanmu diterima
Doaku semoga mak setiasa sihat
Bahagia selalau
Dan sentiasa mendoakan aku
menjadi anak yang soleh yang akan terus berdoa untuknya..
~SAYANG mak~
[mothers-arms.bmp]

Wednesday 21 July 2010

Tiada maap bagiku!!!!wuuuaarrgghh!

Posted by Zuraida Ahmad.. at Wednesday, July 21, 2010 0 comments
Hari ini dalam sejarah : Seorang bayi perempuan yg sangat comey telah terjatuh dari walker akibat kesangapan mamanyer...wuuuaarrgghh!
Sgt tragis dan sedey..mama tgh siap2kan barang2 nak mandikan si comel ni..tiba2 dia berlari dengan sangat laju dan terlangar toys..mama x sempat nak menyambut si comel ni tgk2 dah terbalik walker dan damia tersembam kat lantai.. aduyai budak ni...mengeletar lutut mama tgk bibir dia luka.& darah mula mengalir... Babah pun apa lagik, membebel lar tgk buah hati dia terbalik camtu...seb baik kecederaan Damia tidak parah..kalu tak, tito luar lar mama malam ni...kikikiki..mama pun tuam damia,dah kurang bengkak..... Sorry yer sayang, haiihh, careless tol mama ni...seb baek damia ceria jerk walaupun dah terlentang...so xde lar mama cuak sangat...hohoho, ayat nk menyedapkan hati yg yg mmg xsedap...

Tuesday 20 July 2010

AyiSh DibUli OleH DaMIa

Posted by Zuraida Ahmad.. at Tuesday, July 20, 2010 0 comments
Cikonet ni dah pandai membuli orang..huhu
xpadan dengan kecik!!!
nasib baik abang ayish adalah orang yang sangat penyabar...kekekeee:))
Mula2..dia datang kat belakang dulu..buat2 main rambut..
hahaaaa...geramnya rambut abang ni!!!dia dah start tarik rambut pulak..abang maintain gelak je..he3..
pastu bila kena marah ngan mama dia buat2 tgk tv pulak..pandai belakon ye!!! Sorry la abang..mia lawak je...heheheee.. okla..ABANG CAYANG MIA!!!!
*2org pak lawak yang sentiasa menceriakan hari2 mama;))

Monday 19 July 2010

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Posted by Zuraida Ahmad.. at Monday, July 19, 2010 0 comments
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

SAMPAI SYURGA

Kumembenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

a Walk To rEmembEr Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez