Damia..
buah hati cinta mama dengan babah...
bila kamu besar nanti mama akan ceritakan pada kamu,
betapa hebatnya babah kamu,sayang...
betapa untuk mendapatkan kamu sayang,
mama dan babah terpaksa melalui pelbagai
halangan dan dugaan...
babah kamu lelaki yg kuat,sayang...
dan dengan restu Allah maka kami dapat bersama...

Damia..
bila mama pandang wajah kamu,
mama seperti memandang satu keajaiban cinta yg mama dan babah wujudkan,kasih sayang kami bersatu dalam diri kamu,sayang...
cinta kami membuahkan kamu,
saat mama berjuang dengan maut untuk melahirkan kamu,
babah ada disamping mama...
tangan sasa babah yg mendakap kamu sayang,
suara lembut babah yg beriqamat ke telinga kamu,
lelaki hebat itu ada ketika kamu keluar melihat dunia...
0 comments:
Post a Comment